Monday, August 17, 2009

Laporan Kem Motivasi Elit Zon Paris 100 5A 2009

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan program motivasi yang julung kalinya dilaksanakan di Pusat Hidupan Liar Tabin dengan kerjasama sembilan buah sekolah dalam Zon Paris Kinabatangan tiada sebarang masalah yang besar dihadapi. Program ini dinamakan program Kem Motivasi Elit 100 5A ini sememangnya satu lagi bukti ketekunan guru-guru khususnya di Zon Paris untuk memastikan pencapaian murid-murid dalam UPSR akan terus meningkat.
Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk membina modal insan minda kelas pertama, program seumpama ini sememangnya satu landasan yang betul ke arah mencapai matlamat tersebut. Menyedari bahawa pelbagai pendekatan diperlukan sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak seawal usia sekolah rendah, Kem Motivasi Elit 100 5A ini sememangnya adalah landasan kepada matlamat tersebut.
Program Motivasi Elit 100 5A ini menggunakan pendekatan yang menekankan pembangunan jati diri, semangat patriotik dan kerohanian. Gabungan aspek-aspek jati diri melalui aktiviti berkumpulan, mengenalpasti kelemahan dan potensi diri serta mempelajari kemahiran belajar melalui latihan dan ceramah yang diberikan pastinya akan membantu murid dalam melengkapkan diri sebelum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kelak.

No comments: